Monday, January 31, 2011

Klinik Zubir

kls baru saja blk rmh.td pagi kluar jap bawak leo einsteins ni demam dan batuk menjadi2 pulak.

ni nk cerita salah satu sbb knape kls suka sgt dok bangi ni.Kalau ada org2 bangi baca ni..blh la take note.kls kalau sakit pening family mesti rujuk dgn klinik zubir kalau melarat la dh amik ubat farmasi pn tanak baik kan.bukan apa malas nak menunggu giliran kat klinik sebenarnya.

klinik zubir ni kat seksyen 15 dekat area main futsal indoor tu.mmg bagus doktor zubir ni.kls pn dulu jiran yg suggestkan.pandai dia layan budak2.soft spoken and very good listener.

dulu hero kls ni mmg fobia dgn doktor.merata pergi area bangi ni tapi doktor zubir jugak yg bagus.la ni anak kls dh x takut lagi nk jumpa doktor.malah lg sronok bercakap2 dgn doktor.

kls in future nanti klu nak amik injection utk anak2 mmg dgn doktor zubir je.bayaran mmg sgt berpatutan dgn ubat yg byk dan good consultation frm doc.mmg x mcm stgh2 klinik yg mmg nampak sgt profit orientated.x friendly langsung.Tp kls mls la nk sebut kat sni.bg kls dan abg ron mmg klinik zubir terbaik!

Kalau nk doktor perempuan..kls suggest poliklinik samsiah seksyen 9.doktor bagus ofcoz la doktor samsiah tu sendiri.kls klu dtg sni mmg jumpa doc samsiah saja.so dua klinik ni kalau kls nk dtg mesti call dulu tya doc ade x.

dh selesai klinik dlm kul 11 am.igt nk carik putumayung.tekak kls dgn abg ron sama plak pagi ni nk carik putumayung.tp malangnya dh habis la kul 11 dh nk mkn tghr dh.

sudahnya pegi alamanda mkn nasik kandaq kat food court.actually mmg plan nk bawak leo jln spy x igt sgt sakit.

Sambil2 tu kls amik kesempatan carik mag glam bln feb.tp blum smpai lagi sigh..last sambar intrend satu cover juliana evans.

tetibe mata tetumpu pd media hiburan pulak cover ayu raudhah kawin dgn headline yg sangat hot!

"ayu raudhah menantu kesayangan".boleh??

Sunday, January 30, 2011

Hujan oh hujan!

Leo einsteins kls baru saja tido.kesian dia demam batuk.mesti jangkit dgn kls ni.

Hari ni satu hari hujan di bangi ni dari pagi ke mlm.sejuk saja la hari ni jimat duit ekon.mujur jugak area ni xde banjir.

Tapi itulah abang ron kls pedulik hape hujan ke tempias ke kemarau ke dia bantai menebas juga.bukan menebas rumput..menebas bola golf.kadang kls ni tak paham la dgn org business ni kan? hujan2 pn digasaknya main..hai kalau kls mau dh berbaju hujan bagai.yg sebenarnye x reti main pun

Bila kls merungut kat abg ron sunday kan family day..duduk la rmh santai2 dgn keluarga.Abang ron kata dato N dh ajak susah pulak nk tolak.pakai la kls tak main golf kalau x melopong la abang ron menunggu kat rumah.

So hari ni satu hari kls layan sinetron kat youtube hmm best jugak la.nk tengok tv leo einsteins tu dh konker tv.remote astro tu mmg dia yg pegang.

tapi xpe abang ron mmg pandai mengambil hati kls spt biasa.mlm td dia masakkan mee udang basah special utk kls.apalagi kls mmg suka dimanja2kan abang ron.thehehee..

Sekarang abang ron lg duduk atas buai di luar rmh melihat renyai2 hujan d temani bunyi cengkerik dan katak.wahhh puitiss..

kls beblog sambil memantau suhu bdn leo..dh berpeluh sikit..alhamdulillah..

Bangi White House

Bismillah.

Alhamdulillah akhirnya kak love start jugak berblogging di penghujung bulan Januari ni.Awalnya nak mula blog awal bulan bersempena dgn tahun baru.

Kisahnya bermula di sini di bandar baru bangi aka bangi permai.ok bangi permai tu kak love yg bg nama sendiri :).

Ikutkan dah nak masuk 3 bulan kak love berpindah ke rumah baru aka white house yg terletak di bangi permai ni.

White house??

hihi white house tu nama tak official rumah kak love.Mungkin semua pun dapat teka sbb cat rumah kaler putih.Jadi senang cerita panggil white house saja. Even nama white house tapi bukan lah agam macam white house obama tu.
Itu rumah presiden..haruslah.

ok perasaan?? mestilah gembira. Hepi sgt dpt duduk rmh sendiri akhirnya.Walaupun white house ni di beli pada 2007 lagi.Tapi pada akhir tahun 2010 barulah dapat duduk.

Lamakan?yelah mengambil masa mengumpul duit nak masuk rumah.Yang penting mesti mengikut selera kak love.sbb yg banyak habiskan masa di white house ni tentulah kak love.Nasiblah my darl ron aka abang ron x kesah dan bagi sepenuh kepercayaan pd kak love.

Tapi white house ni belum siap sepenuhnya lagi. Bilik Leo Einsteins hero kak love tu belum siap lagi.lps cny ni baru nak mula kerja2 memasang built-in wardrobe serta built-in katil double decker.

Master bedroom pulak kak love plan nak pasang meja kerja.itulah dulu2 tak terpikir nak buat.bila dh macam ni mesti la byk habuk3 nanti.

Tapi area yang dah siap dan paling kak love suka skali tentulah my lovely kitchen.Plus minus kak love dah berhabis dekat 50k utk area dapur saja.Termasuklah besarkan dapur yg b4 dis sekangkang kera saja.Ikutkan mmg bajet lari sikit sbb buat dapur ni.so area lain terpaksalah di cut cost :'(.
contohnya peti ais dan mesin basuh terpaksalah kls pakai yg lama dulu.bajet lari takpe lagi.
Jgn abang ron lari sudah.hihi

Area lain ialah hobby room kak love sekeluarga dan juga walk-in closet kak love.walaupun tiny miny saja kak love sgt hepi kerana impian kak love menjadi kenyataan.Alhamdulillah.

Yg pasti sejak pindah ni bil letrik kls mmg meriah..belipat kali ganda meriahnya.mencanak2! 3 rats sebulan!Tambah sikit dh dpt 3 set pinggan mangkuk corelle.

Setakat ni dululah utk entri pertama kak love.Perut pun dh berbunyi2 lapar.kls nk turun pi jengok dapur ekstravagan apa yg boleh dikrunaih.