Monday, March 7, 2011

kls sangat sedihh..

wuwuwuwuuu..nangis pulak dia di pagi isnin ni.


sebenarnya semalam ayahanda dan bunda kls balik kampung.setelah seminggu berkampung di bangi rumah anak-anak.

biasalah kls ni..luaran memang nampak saja kental tapi dalaman ada taman..wuwuu..nangis lagi.

masa bersalaman dengan ayahanda dan bunda kls memang macam takde papepun.

TAPI lepas tu..dah sebek-sebek dalam kete.macam budak kecik kene hantar nursery gayanya..

time sekolah dulu 5 tahun dok hostel pun macam tulah.lepas saja ayahanda bunda dan adik-adik balik.

kls pun dengan sepantas kilat ke toilet.pergi melalak.meraung tak hengat.ok meraung tu auta.menggugu-gugu dalam shower.

bila keluar saja toilet..keadaan dah pulih seperti sediakala.malam nanti sambung pulak atas katil.hukhuk!

nak jadi cerita..abang ron tetiba saja pasang cd sohaimi mior hassan..

bukan lagu 'kalau berpacaran'!

kalau lagu ni memang terus kls teringat 'cikgu shida' adehh..itulah orang kata yang pertama tu lekat sampai bila-bila.

pertama kali kls dengar lagu 'kalau berpacaran' bila tengok youtube rakan fb post dekat wall dia.memang kelakar ok.

sudahnya bila dengar je lagu ni memang secara otomatisnya bayangan cikgu shida bermiming datang menyerbu.OK stop dekat sini dulu sebelum kls mengarut lebih jauh.

berbalik pada abang ron yang sangat 'aware' dengan perasaan kls time tu.abang ron stop kete dekat petrol pump dan tinggalkan kls dengan lagu ni


kls apalagi abang ron keluar saja kereta terus merambu la air mata..sampai leo pun tanya

"mama tak ape-ape ke..?"<--anak teruna aku memang cakap bahasa surat.

"mama kenape..?buka mata mama..mama sakit mata ke..?mama put soap ke..?"

mama kamu cembeng tak tahu..??

pastu abang ron masuk saja terus cakap la nape menangis..???

dengan suara yang menyayat hati kls jawab

"kenape abang pasang lagu sohaimi ni..? orang sedih.."

"laaa...." terus abang rong tutup radio sambil kata

"takpe la yang..nanti minggu depan kita balik kampung ok.."

haaaa...baru legaaaa...sikit hati dengar..hihi..drama sungguh kan?

bukan apa..bunda kls memang suka sangat sohaimi mior hassan ni.kira kls adik-beradik memang membesar dengan lagu-lagu sohaimi mior hassan.

dah nama pun budak-budak masa tu jadi tadah telinga sajalah dengar lagu sohaimi mior hassan.hari-hari lagu sohaimi mior hassan ni berputar.mana tak melekat dalam kepala otak hingga kehari ini.

sambil-sambil tu bunda kls dok ceritalah pasal sohaimi mior hassan ni.suara dia sedap.dia cerdik.menyanyi untuk suka-suka saja sebab minat.

jadi bila dengar je lagu sohaimi mior hassan terus kls teringat bunda.wuwuww..nangis lagi.

lagi pulak datang baru ni masa ziarah kls bunda bekalkan sambal tumis ikan bilis petai yang sedap tu..wawaa..sempat terliur lagi yeh.

dulu time kolej kls dengar kaset sohaimi mior hassan dalam kereta bila member masuk kereta ternampak cover album sohaimi mior hassan ni terus dia cakap



"wehh..sape yang dengar lagu ni..???mesti dia dah pupus ni.." boleh??

masa tu kls senyap je time tu.buat-buat tak dengar.kang nanti dikata tak rock pulak gila jiwanggg.

eyy..bandi amuk pun layan tau lagu-lagu sohaimi mior hassan.

ok saya tembak saja.

*habis aku kalau bandi amuk tau.mengamukk..!

memandangkan kepada cover album memang lah. tu sebab orang kata don't judge the book by its cover.

mungkin masa tu fesyen rambut tudung saji yang glamer.

kau mana tau.kau tak lahir lagi.kalau tak mesti kau pun rambut macam tudung saji.

nak kira sekarang ni memang lah.zaman dah moden.rambut pun kena mengikut arus kemodenan.

abang sohaimi mior hassan pun mesti tersenyum bila tengok balik fesyen dulu-dulu.

tapi cuba tengok abang sohaimi mior hassan sekarang lagi hensem dari dulu.makin berusia makin segak orang kata.

tambah pulak abang sohaimi mior hassan meletup-letup dengan lagu kalau berpacaran sekarang ni..



tapi serious..lagu-lagu abang sohaimi mior hassan memang evergreen..dah la suara sedap.

kalau sape-sape yang tak pernah dengar tu cuba bawak-bawak dengar barang dua tiga kali lagu sohaimi mior hassan ni dijamin ada yang suka.

kalau tengah-tengah kecewa.sedih. dengar lagu sohaimi mior hassan konfem tangkap lelehh..
punya.

feel mesti mau lebih..padahal takde papepun..benda kecik..dengar lagu sedih..terus menangis macam zomba.

4 comments:

  1. salam kenal...
    seronok bca blog ni...teringat jugak masa zaman sekolah berasrama...asal telefon je mesti nangis..dah la public telefon!!!heheheh!!!

    ReplyDelete
  2. selamat berkenalan juga.^^
    hehehe..itu lagi tak boleh bla kan..dah la ramai yang beratur nak telefon..awak lagi nak syahdu kat situ.nak-nak pulak kalau dah senior.malu wehhh..

    ReplyDelete
  3. sensitif juga mama ni ye. Wife saya tak tahulah, mungkin dia nangis kat dalam bilik air macam mama juga kot. hehe..

    ReplyDelete
  4. kekeke..begitu la kalau dah perempuan..tak boleh lari.lelaki pun sensitif jugak en hafeezan.the rock pun boleh nangis..ini kan pulak en hafeezan kita..hikhik..gurau je

    ReplyDelete