Friday, February 18, 2011
masa buat tak ingat..!
sempena hari jumaat yang diberkati ini kls nak berkongsi cerita dengan kamu semua.
al- kisah..
di sebuah klinik yang kls kunjungi baru-baru ini.
kls dengan abang ron dan leo waktu tu tengah jumpa doktor.dalam tengah perbincangan tu tiba-tiba assistant doktor ni masuk bertanya..
"doktor.ada patient tanya..kalau nak gugurkan bayi di sini boleh tak??.."
Ya Allah..tersentap hati kls dengar waktu ni!
assistant tadi cakap lagi..
"dia bangla..makwe dia indon.dia nak sangat jumpa doktor sekarang.."
gila desperate bangla ni..memang tak ada perikemanusiaan langsung!
*cakap dalam hati je pun..sambil tengok muka bangla tu dalam screen bilik doktor.
doktor perempuan ni pun terkejut besar.
"tak! tak! kita tak buat benda tu semua.."
eiii..!!!kls memang geram sangat tengok bangla tu.selalunya kalau desperate nak buat abortion ni mestilah yang tak berkahwin.dah tak kahwin takda prevention pula.
itu la masa buat sedap.tak ingat!
*tiru ayat sarkastik nurse kerajaan time ibu-ibu tengah sakit nak
beranak<--psiko.ni pun satu hal masalah dalaman.
ada ke orang nak terberanak gelak terkekek-kekek??
agak dia beranak sedap kot..?
orang tu dahla sakit kat perut.kau pulak lagi nak tambah-tambah sakit kat hati dia.ok.tamat ceritanya..
Tazkirah jumaat kita bermula di sini..
anak bangla mix indon.bangladon.hmm..mesti comelkan?
tak kiralah mana-mana pun asal nama bayi saja semuanya mix mak bapak dan comel belaka.
tapi sangat3 kesian baby yang tak berdosa tu hendak digugurkan dari kandungan ibunya.
sedih..kls memang touching sikit bab-bab ni.rasa macam nak menangis..ok.fokus.
setiap kejadian bayi Allah dah tentukan rezeki bersamanya..
anak-anak inilah yang akan menceriakan kita bila kita sedih dan runsing.mereka adalah harta kita dunia akhirat.jagalah dan didiklah mereka dengan baik.
benda dah jadi.nak diundur dah tak boleh.Janganlah buat dosa kedua dengan membunuh pula.mereka pun tak minta dilahirkan dengan title tidak sah taraf.
ramai lagi yang mahukan anak tapi tak dapat.kalaupun tak mahu jangan lah dibuang.bayi ini tak bersalah.sendiri yang buat onar janganlah salahkan bayi pula.
ikhtiarlah bagaimanapun agar kebajikan bayi ini terjaga.rumah anak yatim ke.badan-badan kebajikan masyarakat ke.
ataupun cari keluarga yang benar-benar mahukan anak.rumah-rumah pelindungan untuk ibu yang hamil tidak sah taraf ni pun banyak sekarang.semuanya untuk mengelakkan kejadian buang bayi yang berleluasa.
bayi ini juga manusia macam kita.punya hak dan perasaan macam kita untuk menyayangi dan disayangi.ingin dibelai seperti bayi-bayi yang lain.cuma nasib mereka saja yang berbeza.
kls ni cakap macam la depa tadi tu dok depan kls kan??
tak kiralah siapa saja yang terbaca dan kebetulan menghadapi masalah yang sama macam kejadian di atas.tolonglah berfikir dulu dengan waras segala tinda-tanduk.
Allah maha penyayang lagi maha pengampun akan hambaNya..
sekian.terima kasih.
Saya berminat dengan colum nurse kerajaan sarkastik. Memang betul la mama, diaorang ni buat kerja macam tak pernah beranak, kalau yang bujang perangai macam tu, tunggulah penangan sang suami, memang sedap la. Diaorang ni kalau stress pun jangan la tunjuk sangat depan ibu-ibu yang nak bersalin, etika yang tak elok.
ReplyDeletehmm..betul tu en hafeezan.kadang terfikir mungkin kalau kena dekat batang hidung sendiri..atau saudara-mara sendiri baru tahu.
ReplyDeleteetika kerja juga harus dijaga kerana amanah.duit gaji bulan-bulan tu biarlah berkat..kita berkerja kerana Allah.kenalah bertimbang rasa.
mmg bnyk kan bangla buat keje dgn minah indon..haishh..memburukkan negara org jer..tp sian kat baby tak salah..
ReplyDeleteitu la rina..itu yang kita nampak.yang tak nampak?nauzubillah.
ReplyDelete