Monday, February 21, 2011

crystal chandelier kesayanganku pecah

Banyak betul kesah nak cerita sepanjang hari minggu ni.

Ini semua abg ron punya kerja.petang sabtu abg ron datang dekat kls cakap

"yang..sori yang..abg terpecahkan lampu.." sambil tunjukkan sebiji egypt crystal asfour yang dah pecah.



huwargghhh..proses penukaran kepada hulk.

"macamana boleh pecah..?"

"abang tadi keluar bilik air nak lap rambut..lepas tu terkena tuala"

"aik takkan lap rambut boleh kena lampu?" kls bersoal siasat macam inspector sahab lagaknya.

takde la kan..<--ayat cover. pelik pulak bunyinya.lampu tu tinggi kot.

"abang kibas tuala hayun naik atas.." dengan muka toya..

"haa..??" sambil mulut ternganga beberapa saat..

hayun tuala naik atas ok.tak sentap kau dengar?

bayangkan dengan sepenuh tenaga lelaki mengibas tuala ke atas.oh tak sanggup nak bayangkan.boleh pitam.

"takpa nanti abang ganti.sebiji berapa ringgit yang..?"

"rm15.."

"hah? rm15..?"

*aik sentap ke bang..


No comments:

Post a Comment