inilah barang yang ditunggu-tunggu.pinggan-mangkuk!well.orang perempuan.sedikit sebanyak mesti suka juga dekat pinggan-mangkuk ni.
dulu kls taklah sangat ke arah membuat koleksi.tapi adinda kls ni rajin tunjuk katalog-katalog member dia.mahunya tak berpinau mataku.dari situlah hobi baruku bermula.tapi tengok gayalah juga.kalau yang tidak berkenan di mata dan di hati tak ku beli juga.
proses memeriksa satu persatu kot ada yang cela.Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik.
visions.adik-beradik pyrex.kls sangat berkenan dengan mangkuk visions ni sebab bunda kls pun pakai juga.masa bujang dulu selalulah masak dalam visions ni.memang best sebab boleh nampak segala proses memasak.paling sesuai untuk masak yang berkuah.gorengan pun boleh juga.deep fry.sengaja kls beli dua set visions yang berlainan bentuk.tak reti nak pilih mana satu.senang nanti bila ada keramaian.
ini set corninware dan corelle country rose.set corelle country rose terdiri daripada 6 pinggan, 6 piring pelbagai guna, 2 mangkuk pelbagai guna, 1 mangkuk sup dan 1 bekas nasi.
comel kan?adinda kls pun beli set corelle country rose ni.sebenarnya warna pink bunga tu soft saja.just nice!
last sekali set corninware dan corelle kobe.sama juga macam di atas item nya.set kobe ni agak classy.simple saja.kls suka3! malam tadi dah pun di rasmi kan.
walaupun nampak banyak tapi percayalah ia amat ringan!juga tahan lasak.jarang sekalilah nak pecah kalau setakat terjatuh dengan tidak disengajakan.lagi pula kalau yang beranak kecil atau selalu buat makan-makan memang sangat sesuai.
takdelah bila tiap kali dengar bunyi pinggan pecah buntang saja mata kita.walaupun buat-buat tak tahu berdesing juga telinga ni..maknanya sekali beli pakai selamanya.lepas tu perturun pula dekat anak cucu.derang nak ke? jimat kan?
samalah macam bunda kls pun hobi beli mangkuk-pinggan.banyak sangat set pinggan-mangkuknya..*mak borek anak rintik!..segala pyrex.arcopal.corninware.corelle..bla3.. nya yang nak diperturunkan.kalau kls.. nak sajalah dah orang nak bagi ..rezeki jangan ditolak.
cuma yang bezanya bunda kls suka simpan bila dah beli.macam kls guna je terus.dah beli pun memang untuk dipakai.
lain pulak ayahanda kls.hobi dia beli periuk-belanga.periuk stok.periuk hampagas.macam-macam jenis ada!mana lah tumpahnya kuah..kalau tak ke nasi kan..")
dulu-dulu kls tak faham kenapa bila selalu tengok bunda asyik nak beli set pinggan-mangkuk dan periuk belanga.malahan sampai sekarang bunda kls masih lagi buat koleksi.sekarang ni barulah kls faham..kerana sudah terjebak dengan hobi terbaru.
juai la kat aku satu set....
ReplyDeletekalau jual kat kau sal macamana nak perturun kat cucu cicit aku sok..:P
ReplyDelete