bermulanya hari ini kls nak isytihar darurat makanan!
tragiknya..!
kls sudah mendaftarkan diri dalam program raw food boot camp.
wahh..! tunggu jangan terkejut dulu..
kls dah rasa sangat banyak saturated fat.unsaturated fat.trans fat.dan macam-macam fat menyelaputi kls.
padahalnya bukan duduk kat kutub pun nak simpan-simpan lemak buat stok panaskan badan.
orang eskimo pun tak ada yang montel.lagilah dorang ni makan lemak daging ikan paus!!steady je.
bandingkan dengan kls ni makan semuanya benda kecik-kecik.ikan kecik.ikan lagi kecik ikan bilis.daging kecik.ayam kecik.itupun kadang-kadang makan telur ayam je!
kls pun tak tahu macamana kls boleh terpikir nak menyimpan stok lelemak ni dengan begitu meriah sekali.senang hati saja sambil menepek-nepek lemak di badan tanpa usul periksa.
rasanya sekarang dah tiba masanya kita berikan penghormatan kepada 'mereka' ini untuk nyah dari menjadi parasit seperti bonggol-bonggol unta kat badan kita semua.kita semua tinggal dalam iklim tropika.tak perlu bonggol.
ada sapa-sapa nak join??mariiilahhhh..
Raw Food Boot Camp.
ini adalah program lose weight cara kls..menu makanan harian lepas ni semuanya raw!mentah!
waahhh..dahsyat..
sila jangan ngeri dengan perkatan mentah di situ.maksudnya kls akan cubalah dalam 90% menu tu adalah makanan yang tidak di proses.tak ada garam dan gula.memang asli!
contoh seperti oats, salad, buah-buahan yang kurang manis, susu rendah lemak, sayuran ulaman.paling bagus buat jus.telan saja semua sayuran dan buahan cepat dan pantas!
kls tak mahu cakap banyak sebab kls baru saja planning corak raw food boot camp ni.nanti kalau terbabas susah juga.
tapi tak apa. apa yang penting plan dah ada.semangat mesti berterusan jangan separuh jalan.
Berusaha!
No comments:
Post a Comment