i love uols!

Nuffnang

Anda suka blog ini?

Wednesday, July 27, 2011

mari main mekap-mekap!

Dah nama pun pompuan kan.mestilah suka akan kecantikan.kalau tak banyak pun..sikit mesti ada.
walaupun ada perempuan berjiwa sasa.TETAP ada sekelumit terselit kat mana-mana.

semalam kls main mekap-mekap.
*macam budak-budak kan? agak ade ke yang perangai macam mak budak ni kat luar sanan?
bukan sebab apa.saja nak mahirkan diri bersolek..baru la glam!

lagi pun kls nak testing urban decay primer portion (UDPP) yang baru beli kat sephora klcc hari tu.


udpp ni kls memang dok teringin lama dah.dalam beberapa tahun yang lepas.tapi time tu takde sephora lagi.nak beli udpp kena order dari oversea.kls pulak jenis tak sabar kalau kena tunggu berbulan nak dapat barang.kira for the time being tu kls ada lah guna eye primer from mac, benefit, laura mercier and giorgio armani tapi semuanya tak ngam.semuanya creasing.tu yang macam malas nak mekap.kejap je dah luntuq.cayaq!


sebenarnyer kls ni amatur saja main bab mekap ni.selalu simple sempoi saja time keluar rumah.
yang heavy metal dalam rumah.kononnya natural la.yelah.orang lain natural nampak cute gitu.ce awak natural?? urgh..memang kelass..terbaek!

walaupun kls suka dengan mekap tapi nama nak pro takde la..kene belajar banyak lagi dan praktis.

nak pergi kelas mekap pun..abang ron kata tak payah.
"kat internet berlambak.pi la belajar kat situ."
OK.FINE!

bak kata-kata tak boleh blah abang ron..
"hmp..pakai jadi tukun la gamaknya.." boleh??
*sinis kan? gile sindiaq okey!

walaupun bila fikir balik kadang ada betulnya.tapi melampau kot TUKUN.
awat? takda benda lain ke nak disamakan?

so dah siap mekap.kls pun menggedik lah depan kamera.disebabkan digital kamera tak cas.so pakai kamera handphone yang sedia maklum tak berapa bagus mutu kualitinya.

nak jugak cakap gambar yang tak bagus kan.
ya..solekannya agak bagus juga ya..tehee..




sekali arab daa..mekap sebelah mata saja pun as uols can see.sebelah lagi togel.time-time ni la mata nak sembab sebelah kan.abaikan.

sila fokus pada mata sahaja ye.sebab kening tak di touch up langsung.bulu mata pelesu pun tak pakai.sebab belum mahir lagi.so kalau nakkan efek mata snuffleupagus.melambai-lambai gitu.boleh la mengenakannya.
sila email kls kalau tak tahu snuffleupagus tu ape ye.




close up sikit. memang tak nampak kan bulu mata i?? baru nak perasan. manakah?? ape banyak benar ke yang luruh? ish ish ish.ok bulu mata kls apply primer dulu.pastu baru apply maskara.maskara kls apply sekali saja sebab nak cepat.tu pasal kot tak nampak.kalau nak lagi nampak apply lah dalam tiga kali.sebelum tu mesti curl dulu dengan eye curler ye.




hmm..tengok bawah baru nampak bulu mata dan kaler eyeshadowsnya.kls pakai warna electric blue sebenarnya.tapi tak clear sangat dalam gambar ni.dekat crease kls apply warna dark brown.kat atas tulang kening letak kaler off white.blend blend blend.

last sekali untuk kesan lebih dramatik.whoa.kita sapu liquid eyeliner.done.sedikit sememeh la.sebab tak plan pun nak masukkan dalam entry.boleh la takat nak menggedik-gedik depan laki kita.dia mesti WOW! macam saudagar unta.tak percaya ce buat.hihi..




ringkas saja.sekali tengok macam mono eyelid kan? itulah kesan eyebag namanya.
jadi kepada orang tu yang suka tido lewat tu bawak-bawak la tido awal.




ini adalah antara mekap yang kls guna untuk hasil diatas.eyeshadows dari miss rose.lancome- artliners, oscillation mascara and powerbooster primer mascara.lancome creme lip gloss.mac-skinfinish natural, blusher and foundation.shu eumura eyalash curler, giorgio armani smooth silk eye pencil untuk waterline.udpp and stila convertible color in rosebud untuk lip and cheek.

tunggang-langgang kan kls explain? ade yang pening?? takpe next time lebih teratur lagi hendaknya.and last but not least.cuci mekap.kls memang tak boleh pakai lama-lama sangat mekap.sedikit rimas kat bulu mata yang keras cedong.




see? kejap ja pakai mekap.pastu cuci mekap mata dengan lancome bi-facil (biru).memang sangat-sangat bagus untuk yang pakai waterproof dan mekap tebal.kalau bukan waterproof lagi la senang sangat nak tanggal.dengan wipe beberapakali saja.bersih!

yang kuning tu kls guna untuk cuci mekap kat muka.nampak penuh kan? tu dulu gatal beli yang besar terus.pastu dapat free travel size biru dengan kuning tu.sebab jarang bersolek so dok guna yang kecik tu pun tak habis-habis lagi.guna yang besar ni bila kat rumah saja.cuci mekap sebelum tido.

okeh.itu saja untuk testing makeup tutorial.kls harap dapat lebih improve lagi next time.tu pun kalau kls rajin la nak buat tutorial makeup ni.sendiri pun merangkak-rangkak ada hati nak ajar orang eh.hihi..bukan nak ajar.nak share hasil makeup amatur.


Wednesday, July 20, 2011

fesyen eksperimen

as-salam.

sekarang kls tengah free sikit.so teringat pulak nak mencoretkan sebarang dua kata dalam blog kesayangan ni.

hmm.mana harus ku mulakan.

sejak dua menjak dok cyling ni kls ada lah rasa sedikit perubahan yang positif kat badan. 

makna kata sedikit tirus la kan.





ni la basikal yang banyak berjasa untuk pembakaran lemak kls.dah kepam dah pun.4 tahun usianya.

so hari tu time nak keluar makan dengan abang ron, kls pun dress up la lebih skit dari hari biasa nak keluar rumah.

siap dengan aksesori semua.baju yang ada tu kls mix and match kan dengan jeans. 

pada kls dah cukup cantik bergaya dah bila tengok kat cermin kan.diri kita.mestila tahu mana elok dengan tak untuk kita.

kls nak posing-posing depan abang ron nak tengok dia nak kata apa.

dengan hati berbunga-bunga kls pergi mengadap duli sambil memberikan pose istimewa yang mengancam.whoaa..

dengan mata terkebil-kebil bajet cun.

abang ron pun tengok..

krikk..krikk..krikk.. <---sempat bunyi cengkerik kau

"ayang! ok tak?" mematikan lamunan abang ron.

"hmm..kenapa awak pakai baju dua lapis??"

"kenapa?? tak elok ke?"

"takla..macam pelik sikit.dah pakai baju kaler hitam.kenapa pakai lagi baju kaler purple?
baju hitam dengan jeans saja pun dah ok"

"baju hitam ni tangan pendek sangat.tu sebab pakai baju purple ni." dengan perasaan tak puas hati.

"hmm..macam pelik sikit la pakai dua lapis"

"ayang tu je yang tak tahu sebenarnya.."

"tahu ape?"

"ni la fesyen HARAJUKU!"

"HARAJUKU???"

kejadahnya harajuku? 

gitulah kekdahnya muka abang ron time tu.macam nampak hantu raya lagaknya!

"harajuku tu trend fesyen dari jepun la..jepun.."

"haa jepang??"

*meluat aku tau dia ni..*

kls dah rupa hantu jeruk dah time ni.geram!

"oklah.papelah.jepun pun jepun la.."

*tu belum pakai trend 'color blocking' lagi tu.

kot 'sentap hati mak nak' terus laki aku.

menggerutu je. 

sebel!

ok takpe.buta fesyen.boleh dimaafkan. 

nak buat macamana kan..

but come on..

HARAJUKU kot!

abang ron tolong jangan google.ngeri.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Welcome to my fantasy world! what’s your dreams? everybody comes here; this is fantasy world.
land of dreams.some dreams come true, some don’t; but keep on dreamin’-this is fantasy world.Always time to dream.
so keep on dreamin'. If you focus on what you left behind you will never see what lies ahead! you must not let anyone define your limits because of where you come from. Your only limit is your soul. be imaginative! strong-hearted! only the fearless can be great. So lets live life the way you dream it!
Wildest dreams!

*you can take whatever you want with the backlink*





About Me

My photo
And who am I? That's one secret I'll never tell ... You know you love me. XOXO Love Sweetheart