i love uols!

Nuffnang

Anda suka blog ini?

Wednesday, February 9, 2011

A Precious Diamond Story : Tips Kenali Berlian

Entri kali ni adalah lanjutan dari kisah diamond idaman yg lepas.
Tips pemilihan berlian utk bakal2 kekasih, tunangan, pengantin, ibu2, nenek2 yg mungkin berkira2 utk membelinya boleh la ambil tahu sikit pasal berlian supaya x kena tipu dengan penjual. Sekurang2nya kita x zero knowledge.Penjual pun x berani nk mcm2 nk2 benda yg mahal mcm ni.
Utk senang igt time nk pilih tu igt saja 5C. Apa itu 5C??
1. Carat
Kalau suruh pompuan yg pilih slalunya mesti mula2 dia tgk berapa besar berlian tu. Tapi sebenarnya yg paling penting ialah carat atau karat. Karat bukanlah bermaksud saiz berlian.
Karat adalah piawaian unit berat berlian.
1 karat = 200 mg atau 0.2 gram iaitu 100 unit. Oleh itu berlian 1 karat bersamaan 100 unit.
2. Cut

Kedua penting dlm pemilihan adalah potongan berlian. Betapa cantik dan bling2nya berlian bergantung kepada cuttingnya.
 
Tanpa kepakaran cutting, berlian akan nampak mcm seketul kaca x berharga. Cut=potongan sudut2 berlian.Lagi byk sudut2 potongan, lg berkilau berlian.
Serta lg mahal harganya kerana kepakaran pemotong berlian. Tidak kiralah apa rupa bentuk berlian itu. Bulat, bujur, pir atau bersegi.
3. Color
Semakin jernih dan putih berlian makin mahal harganya krn ia sukar d temui. Berlian yg bagus tidak mempunyai warna krn ia akan memantul lebih kilauan. Tapi kebanyakan berlian ada sedikit kekuningan atau kecoklatan.

Sila kenali gred2 berlian:
~ D - F adalah paling jernih
~ G - J adalah hampir jernih
~ K - M terdapat sedikit kekotoran
~ N - R sedikit kekuningan atau kecoklatan
~ S - Z berlian berwarna kekuningan atau kecoklatan

Warna berlian ni tidak termasuk warna merah, hijau, kuning atau biru. Berlian berwarna yang ini ada gred tersendiri dan sudah pastinya mahal juga sbb warna yg menarik perhatian.

4. Clarity atau kejernihan
Bila sudah pasti gred mana yg d pilih maka step yg ke 4 pula tahap clarity.
Clarity = visibility, nombor dan kekotoran di dlm berlian.
Kadang2 terdapat sedikit elemen tertentu dan juga kecacatan pa berlian semasa proses pembuatan. Nilai berlian berbeza mengikut tahap kkekotoran dan kecacatan.
Sebagai contoh:

- titik2 pd berlian adalah yg paling biasa d temui. Umpama terdpt buih2 kecil dlm berlian.

- karbon iaitu titik hitam pd permukaan atau dalam berlian

- retak iaitu spt kaca retak


- awan iaitu tompok kabur kristal2 kecil
- pembentukkan kristal dlm berlian iaitu bagai melihat berlian dlm berlian

5. Certificate atau sijil
Sekarang ada C moden yg kelima iaitu certificate. Terdapat 4 makmal antarabangsa utama d Amerika Syarikat yg menilai, memberi sijil, juga kadangkala menganggar nilai pasaran berlian iaitu:
AGS - American Gem Society
EGL - European Gemological Laboratory
GIA - Gemological Institutes of America
IGI - International Gemological Institutes
Segala ciri2 berlian, penilaian grade berlian akan dinilai oleh professional dgn bantuan alatan gemological tertentu.
Berlian putih sangat cantik diikat dgn platinum jika berkemampuan. Ia akan memantulkan kilauan yg maksima. Emas kuning pula akan pantulkan cahaya kekuningan pd berlian.
Jika disuaipadankan dgn platinum atau blh juga dgn emas putih ia akan berikan impak warna putih jernih yg berkilau.
*sebentuk diamond ring boleh dpt seketul birkin ouh. Mana satu pilihan hati??Ataupun kedua2nya sekali??Sila tampar muka sniri utk kembali ke realiti. Ohh kls masih d depan lappy rupanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Welcome to my fantasy world! what’s your dreams? everybody comes here; this is fantasy world.
land of dreams.some dreams come true, some don’t; but keep on dreamin’-this is fantasy world.Always time to dream.
so keep on dreamin'. If you focus on what you left behind you will never see what lies ahead! you must not let anyone define your limits because of where you come from. Your only limit is your soul. be imaginative! strong-hearted! only the fearless can be great. So lets live life the way you dream it!
Wildest dreams!

*you can take whatever you want with the backlink*





About Me

My photo
And who am I? That's one secret I'll never tell ... You know you love me. XOXO Love Sweetheart