Bibik! bibik! bibik!
karenah bibik ni kalau nak cerita macam hikayat 1001 malam.
Hari ahad lepas sahabat kls call bertanyakan nombor agen pembantu rumah sebab bibik keduanya buat hal.sahabat kls ni sudah berganti dua bibik.bibik yang pertama kalau kls tak silap lari menghilangkan diri setelah katanya nak bercuti dua tiga hari.
haihh..macam-macam.
kerenah bibik yang kls nak ceritakan ni adalah dari pengalaman kls sendiri, saudara dan juga sahabat terdekat yang bercerita.layannn..
Bibik bingai
bangun pagi terus majikan ke dapur dan alangkah terkejutnya melihat bibiknya blend cili kering sambil tutup blender tu dengan alas kaki sinki dapur bagi mengelakkan bunyi bising.
"eyy..kenapa kamu tutup dengan alas kaki??!bukan ke kotor?kamu ni buat kerja tak fikir ke?"
"tapi puan alas kaki ni bukannya basah!" <--tak ke kau rasa nak pelempang??
yang sebenarnya malas!ikut sedap tangan capai!
Bibik bendul
"kenapa kamu conteng tuala saya dan tuan dengan pen??!!"
berpinar-pinar tengok kesemua tuala di tulis dengan pen sebesar-besar perkataan berbunyi: 'tuan' 'puan' 'tuan' 'puan'
"ya senang saya mau bezakan yang mana satu puan punya dan tuan punya tuala.."
apekah???
Bibik selebet
lalu sebelah majikan mesti bau masam saja.sekali majikan buka almari baju bibik terkejut tengok baju-baju yang dah pakai bergumpal-gumpal terperuk dengan tuala lembab.
patutlah jarang tengok bibik ni basuh baju dia.rupa-rupanya lepas pakai disepuk.lepas tu esoknya pakai balik.
Bibik kekwat
bibik yang satu ni pulak jenis pakai baju seksi seluar ketat paras lutut dengan baju baby T.siap pakai pewarna kuku.
"bibik kenapa kamu tak pakai baju saya beli.longgar sikit"
"tunang saya tak suka tengok saya pakai baju macam tu.kalau dia tengok mesti dia marah cakap tak cantik!"
eh helo..kau tu kerja bukan nak bercinta!
"tunang kamu kat mana sekarang ni?" sambil buntang mata
"singapore.kerja pengurus bank.gaji 2000 SGD.<--kau boleh percaya ke??.dia ngak tahu saya jadi bibik.mesti dia marah sama saya"
"habis yang kamu datang sini kerja kenapa?" dah hangin dah satu badan time ni..
"ya..saya ngak mau kerja jaga anak kecil.saya ingatkan
mau kerja di mc d."
??? #$%#*!
Bibik meroyan
ni pulak jenis suami dan keluarga dekat kampung suka buat hal.
"kenapa saya tengok kamu tak makan??bila masa kamu makan?"
"saya sudah 7 hari tak makan.." <--propa
"kenapa kamu tak makan..??"
"sengaja saya ngak mau makan biar saya mampus!!",<--bahasa memang tak hagak-hagak kau cakap depan majikan
"kenapa kamu nak mampus?!"
"biar senang semua orang!"
"eyyh kalau kamu nak mampus jangan mampus dalam rumah saya.menyusahkan saya saja.pergi mampus tempat lain.."
tau pulak kau sentap kan?
Bibik melaram
suatu hari majikan amat terkejut bila terjumpa gambar bibiknya*yang pijak semut pun tak mati depan majikan..tengah posing baek punya atas katil bilik majikan waktu majikan takde rumah.bukan itu saja siap melaram dengan baju, barang kemas dan makeup majikan lagi.<--kes nak menunjuk dengan orang kampung.
Bibik misteri nusantara
bibik mogok yang diam seribu bahasa dalam kereta tiba-tiba bersuara di hentian stesen minyak
"puan saya tahu anak saya kerja tak baik.sila maafkan dia.saya akan ambik balik anak saya."<--menurun kau..dahsyat.. kononnya arwah bapa dia tolong cakapkan bagi pihak bibik ni.
elok saja tuannya masuk kereta terus diam sepatah perkataan pun tak keluar.
aik???lari terus hantu dia?!!inilah propa paling hebat abad ini!!
kau seram tak??
pandai betul dia berlakon..boleh pergi screen test watak hantu.hantu bingai!
Bibik mata duitan
"bik..!kenapa pinggan penuh dalam sinki ni?kenapa tak basuh..?"
"saya dibayar untuk jaga anak kecil saja.bukan buat kerja dapur.itu bukan tugas saya.
kalau mau bayarannya lain.sapu-sapu laman jugak lain bu"<--banyak cantik muka kau kan?!
terkedu sekejap majikan dengar
"ya saya dulu kerja di arab saudi gajinya lumayan.."
apa anda buat dengan bibik macam ni???
Bibik jobo
bibik tengah buat sarapan untuk diri sendiri
"bik kenapa kamu potong tepi-tepi roti gardenia tu..??"
tebeliak mata tengok bibik potong kerak roti gardenia kot! bukan roti bengali.
siap letak cheesedale anak majikan.yang majikan sendiri pun tak makan hanya beli untuk anak makan.
"saya memang tak makan kerak roti.emang dipotong keraknya."
*majikan pun makan dengan kerak roti.
"kenapa kamu ambil cheesedale anak saya ni"
"saya emang selalu makan begini tiap pagi di tempat saya.." <--orang senang kau bik!kenapalah kau datang kerja sini?pelik!
bibik oh bibik.
ikut nasib juga sebenarnya.kalau dapat yang baik Alhamdulillah.TAPI nak percaya jangan sekali.