i love uols!

Nuffnang

Anda suka blog ini?

Sunday, February 13, 2011

Popinjay..???


 kls nak review sabun baru anniversary gift. hari ni kls mandi pakai sabun l'occitane lavender extra-gentle soap with shea butter.

tapi kan..bau dia macam pernahku baru saja.tapi di mana ya..?hah!sah!macam sabun popinjay!!more less la sbb dah lama kls tak bau sabun popinjay tu.

tapi ingatan tu masih kuat lagi.terbau-bau wanginya sabun popinjay.memang sekali buka saja sabun l'occitane ni terus mengamit ingatan popinjay!
nostalgia betul.

masih segar lagi di ingatan rupa bentuk bungkusan sabun popinjay tu.lagi-lagi baru saja kls tengok cerita hantu kak limah balik rumah.

dialog awie "wangi ayu hari ni? mandi pakai sabun popinjay ke?"
terus kls tergelak..wahh lamanya kls tak dengar sabun popinjay.

dulu kls duduk hostel memang ramai lah budak-budak asrama termasuklah kls yang pernah pakai sabun popinjay ni.wangi.bajet pun ya jugak.

boleh tak abg ron gelak awie cakap popinjay lepas tu kls tanya abg ron tahu ke popinjay tu apa?

abg ron selamba saja jawab entah tak tahu!Dia pakai gelak saja agak perkataan tu kelakar kot!padahalnya popinjay tu nama lain bagi parrot.

time kls buka sabun l'occitane ni terus kls kata

" abg ni bau sabun popinjay nih"

"hah??bau popinjay?bau macamana tu?"

kls ceritalah dekat abg ron kisah sabun popinjay ni kot boleh recall balik memori dia.

Abg ron kata memang dia tak pernah dengar pun jenama popinjay!agak abg ron ni lahir tahun bila lah.ataupun time abg ron dulu pakai sabun cap kapak tak?sekali beli panjang sekaki!nak pakai main potong-potong je.

ataupun abang ron memang pernah pakai sabun popinjay tapi tak sedar sebab tau-tau dah takde sarung.elok je terletak dalam bilik air.tak pernah tengok bungkusan sabun pun.

panjang benar mukadimahnya ye..ni untuk kamu semua yang tak pernah dengar kisah sabun nostalgia popinjay macam abang ron lah.

reviewnya bermula di sini.

sabun l'occitane lavender extra-gentle soap with shea butter ni adalah pure vegetable base.
kandungan shea butter tu yang buat sabun ni extra moist dan lembut dan terasa sangat bersih.

bau sabun ni bolehlah tahan wangi.tapi kalau kls yang pilih mungkin kls tak ambil kot bau lavender ni.abg ron pun beli memang untuk dia juga yang pakai.sebab itu dia ikut selera dia.at the end sabun je pun.sama je.

Harga sabun l'occitane ni rm39.tebal 2 inci! besar 3 x 2 inci.memang besar sangat sabun ni.macam boleh pakai setahun!jimat.

kls nak potong dua abg ron tak mahu.sudahnya kls mandi susah nak pegang sabun besar sangat!nak buat buih pun tak boleh.apekehalnya..abg ron takpe lah tapak tangan lelaki besar.takpelah kls pakai shower gel jelah.

sabun ni memang banyak buih.lembut dan creamy.time abg ron sabunkan leo memang banyak buih.bau wangi.badan memang lembab dan lembut.

sabun l'occitane extra gentle ada macam-macam jenis bau.kita boleh pilih ikut citarasa kita.sabun ni adalah  antara bestseller product l'occitane.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Welcome to my fantasy world! what’s your dreams? everybody comes here; this is fantasy world.
land of dreams.some dreams come true, some don’t; but keep on dreamin’-this is fantasy world.Always time to dream.
so keep on dreamin'. If you focus on what you left behind you will never see what lies ahead! you must not let anyone define your limits because of where you come from. Your only limit is your soul. be imaginative! strong-hearted! only the fearless can be great. So lets live life the way you dream it!
Wildest dreams!

*you can take whatever you want with the backlink*





About Me

My photo
And who am I? That's one secret I'll never tell ... You know you love me. XOXO Love Sweetheart