i love uols!

Nuffnang

Anda suka blog ini?

Showing posts with label ben ashaari. Show all posts
Showing posts with label ben ashaari. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

DECO DECO BENG BENG BOONG !



dengan ini kls secara rasminya menyertai   

segmen deco deco beng beng boong!  

tolong kasi gegar!!!   

*sambil kepala goyang  

sekian  

terima kasih


Friday, March 18, 2011

LOVE SWEETHEART: ben ashaari vs arnold schwarzenegger kerana fizikal








haa..tudia

anda bezakan sendiri siapa lebih hebat?

pendapat kls??

toksah dok tanya.jawapan tipikal.  

mesti la abang ron lagi hebat!

haa..kena-mengena tak?

MEMANG TAK.

jadi jangan tanya  

.sat lagi tak pasai-pasai kena tidoq kat luaq.hai..sapa tak sayang laki oii

ada siapa yang belum kenal dengan arnold?..eh ben??  

kls tamo cite pasal arnold sebab dah basi.

kepada yang dah kenal syadap.  

mungkin ada lagi yang belum kenal.

 macam kls dulu la sebelum mengenali dunia blog.

meh sini nak kabo. 

ben ashaari yang ku kenal dot dot dot

*setakat ni la.setahun jagung

ben ashaari bukanlah jaguh bina badan malaysia 

yang baru menggantikan sazali samad tu.bukan.

eh yeke pak ben??

ke hang dah pi test power nak merebut gelaran  jagoan tuh??

oh mungkin ada.aku yang tak tahu.

kang tak pasai kene dumbell dengan pak ben.benjol!

nak cerita tapi tak tahu..

TAPI! tapi3.

haa..

pak ben..hang tetap tak boleh lawan dengan dia ni..

aku kelabukan kat situ

haa...lelaki paling beketuii di dunia! hang boleh??

mau aku lari kalau jumpa dia tengah jalan! 

ngeri kot!

pak ben ni sebenarnya adalah..eh jap.  

macam  tak glam la pulak panggil pak ben kan?

macam pak belang pulak!

okeh bebeh lets start all over again.

ben ashaari bagi kls boleh dikatakan salah seorang tokoh blogger yang disegani.

beliau..ok mula dah..bab ni memang kena skema sikit ok.

beliau berusaha keras dan begitu gigih untuk mencapai kepada tahap sekarang ni.
ruangan blog ben sarat dengan teguran dan nasihat yang boleh menyutik semangat
kepada semua bloggers lain.  

lagi pula untuk bloggers baru macam kls ni.kadang tu teguran ben begitu sinis sampai menusuk ke sanubari.wahh gitu..well.tapi tak apa kls menerimanya in positive way.  

 jangan cepat nak emo.nanti kedut.
*yang hang nak terasa sangat tu kenapa?
tah dia pun tak kenai hang.tah sapa-sapa tah.sikit punya ramai ka followers dia.hadhoii.  

takat hang tu sekali dia ketis saja.tiiiyokk.. pengsann.
ok syadap.sambung cerita.

ben banyak memberi tips untuk bloggers berjaya.

untuk yang masih blur.klik SINI untuk ke blog beliau.

kls petik satu "nak berjaya dalam dunia blog harus melalui penderitaan.." gitu katanyaa

ya.memang kls tengah menderita sekarang ni.derita sakit tengkok.tu salah satu penderitaan la yang kls rasa. belum lagi tahap derita ben yang kita semua tak tahu.   

mungkin muscles dia leper ka asyik duduk sepanjang hari.kita pun taktau.
mungkin jugak semua jari dia beketui akibat terlalu banyak menaip.itu pun derita juga.

sedangkan siti nurhaliza pun bersusah-susah dahulu sebelum di tahap sekarang.  
apatah lagi kita bloggers yang baru menapak.

kls ingin mengucapkan terima kasih kepada ben yang tak lokek untuk berkongsi rahsia.

walaupun katanya win-win situation.tapi tetap juga kalau dia tak mahu.dia ketis saja kan.  

hang jangan nak lawan.tak nampak? bagak tu..

terima kasih kerana menyediakan tapak untuk kami.    

ben dah sediakan tapak maka tak reti-reti lagi nak kayuh??  
 
takkan nak suruh ben juga yang kayuh??

nanti dia start membebel.luruh telinga.

mesti gigih!

praktikkan segala ilmu yang ben beri.

gunakan istilah ben 'bertahan dan menyerang' mesti boleh berjaya macam ben juga.
itu impian semua bloggers.takkan kau buat blog nak baca sorang-sorang kan.mungkin juga ada yang begitu.hanya suka-suka saja. 

ok no komen.

entri yang seadanya ini adalah tanda penghargaan kls
untuk ben ashaari.   

tak tara mana pun nak dibandingkan dengan ilmu yang kls dapat.

maaf kalau entri ini ada menyinggung hati ben atau sesiapa yang membaca.  

khilaf saya.

sekian saja

terima kasih.

ingat ben saja yang boleh?? kls pun boleh!

hah..nahh ambik ni..!




Monday, March 14, 2011

SEGMEN: BEN ASHAARI SOAL CINTA



untuk join sila klik SINI
  1. LELAKI pilihan anda ?   
     
    Abang Ron.
    tentunya yang punyai karisma tersendiri. 
    err.. macam adi putra pun ok jugak lalala..

  2. Perlukah lelaki SEKSI ?  

    perlu juga.seksi dalam erti kata selain dari terdedah dan perlakuan.  

    FLASHER-BUKAN-SEKSI! 


    Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ?   
      
    bagi saya seksi lelaki terletak pada bakat yang dimiliki. lelaki berbakat paling seksi di mata SAYA.  
    *abang ron tau abes aku


  3. LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ?  

    ya.ada betulnya.sanggup buat apa saja!
    lelaki waktu ini betul-betul menjadi lelaki sejati.


    Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ?   

    berkorban juga.selagi tidak menjadi hak milik.selagi itu berkorban.cuma ada sedikit keselesaan di situ.


  4. Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ?

    YA. ada sesiapa yang jawab TIDAK  soalan ni..?? sila angkat tangan. 


    Kenapa ?

    i don't like it. i don't know. i just don't like it. fullstop.
    cengeii ke?? kesah??


  5. Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan anda lakukan ?

    saya korekkk bijik mata dia. 
    bijik mata sapa??  
    bijik mata kedua-duanya sekali.
    ada berani??
    *sambil menyingsing lengan
    waaaa....


  6. LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ?
     
    walaupun kedua-duanya ada potensi.tetapi lelaki lebih mudah curang.


  7. SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ?   

    secara statistiknya..perempuan lebih setia.

     
    Apakah buktinya ?..   

    buktinya perempuan lebih setia menunggu dan mengharungi ketidakselesaan selama 9 bulan untuk melahirkan benih cinta.
    dan lagi..dan lagi..dan lagi benih cinta...sampai penuh satu rumah. 


  8. Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?   

    YA. cemburu.
    bukan cemburu buta. cemburu sayang.
    comelkan?  
    comel la sangat kan..

Tuesday, March 8, 2011

JELAJAH BLOG KATEGORI IBU

entri ini adalah untuk segmen jelajah blog kategori ibu oleh ben ashaari.


Ceritakan serba sedikit mengenai diri anda..

Love Sweetheart aka kak love aka kls is a home maker.full of obsession.
Berusia awal 30-an.Graduate from local uni.
setelah tamat pengajian kls berkhidmat bersama syarikat swasta sebelum berkahwin.
kls kemudian meneruskan karier sebagai ahli perniagaan soho.
dan kemudiannya dikurniakan hero bijak Leo Einsteins.

Apakah kenangan manis anda sewaktu bergelar ibu 

kenangan manis apabila pertama kali mendengar tangisan serta menatap wajah anak sendiri dan pertama kali membelai serta menyusuinya.sangat menakjubkan!

Kenangan pahit anda ? 

miscarriage for twins

Kata kata khas buat si suami ... 

*ready to jiwang bebeh...

WARNING! READ AT YOUR OWN RISK

dear kanda 

semoga masjid yang kita bina ini menjadi tempat berteduh yang sangat indah.sangat bahagia untuk kita berdua serta anak-anak.berjaya mengharungi saat susah dan senang.sedih dan gembira. hingga ke akhir hayat.dunia juga akhirat.semoga kita berdua dilanjutkan usia yang berkat untuk berkongsi kegembiraan melihat anak cucu berjaya dunia akhirat.semoga ey berapa banyak semoga la terus membimbing dinda yang banyak kekhilafan ini tanpa jemu untuk menjadi isteri yang taat.anak yang soleh. ibu yang mithali.macam salam raya
tears3..!uwaaaa...<--banyak doso la tu dah cakap kls ni jenis ada taman.

sekian.

dinda yang cute cembeng.


Jika ada anak , apakah nasihat anda kepadanya dan juga buat anak anak yang berada di luar sana .. 

wahai anak-anakku dan juga anak-anak seantero dunia yang di kasihi Allah sekalian *gile sedih lagi..
jadilah anak yang berbakti kepada kedua orang tuanya.kerana ibu bapa itu adalah satu-satunya harta yang paling bernilai kepada kamu.tiada galang gantinya.<-------------tears-------------->*beberapa saat.. berbaktilah3!kepada mereka.jadilah anak yang soleh dan solehah kerana kamu sahaja harta paling berharga buat mereka.
uwaaa nak balikkk..! maafkan saya.saya in character.

Apakah harapan anda kepada anak anda .. 

harapan kepada anak-anak. tipikal seperti ibu bapa lain juga.kls mengharapkan semoga kesemuanya menjadi anak yang beriman,sihat tubuh badan.minta dijauhkan dan dilindungi dari malapetaka dan bahaya.dapat berdikari, berjaya dunia akhirat.berbakti kepada agama,bangsa dan negara.menjadi kebanggaan semua terutama kedua ibu bapa.

Nasihat buat si gadis di luar sana ..

wahai gadis-gadis perhiasan dunia..tudiaa
jagalah maruah kamu.maruah kamu adalah maruah kedua ibu bapa.setiap tindak tanduk haruslah berlandaskan syariat.sematkanlah sifat malu kerana ia cabang iman.kerana malu juga menghalang dari manusia berbuat dosa.jadilah seperti perumpamaan apabila dicampak ke bumi menjadi intan.dicampak ke lautan menjadi mutiara.dicampak ke langit menjadi bintang! cantik dan berharga!


sekian sahaja jawapan dari saya.terima kasih.

anda semua masih ok???

ok bagus.itulah yang saya mahukan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Welcome to my fantasy world! what’s your dreams? everybody comes here; this is fantasy world.
land of dreams.some dreams come true, some don’t; but keep on dreamin’-this is fantasy world.Always time to dream.
so keep on dreamin'. If you focus on what you left behind you will never see what lies ahead! you must not let anyone define your limits because of where you come from. Your only limit is your soul. be imaginative! strong-hearted! only the fearless can be great. So lets live life the way you dream it!
Wildest dreams!

*you can take whatever you want with the backlink*





About Me

My photo
And who am I? That's one secret I'll never tell ... You know you love me. XOXO Love Sweetheart