i love uols!

Nuffnang

Anda suka blog ini?

Showing posts with label reviews. Show all posts
Showing posts with label reviews. Show all posts

Wednesday, February 16, 2011

Bersemangat ladies..!! iyah! iyahh!


Sebagai langkah pertama mengikuti program raw food boot camp hari ni kls sudah pun mengambil breakfast oatmeal.3 sudu besar oats campur dengan 2 sudu milo.bancuh dengan air sikit.siap!mudah saja.

Lagipun kls memang sudah biasa makan oats sejak kecil lagi.kls pun sudah ajar leo makan oats sejak usia mencecah 2 tahun.Alhamdulillah tak ada masalah.leo suka makan oats.salah satu meal dalam sehari mesti oats.

berikut adalah pantang larang kls makan oats.ada aku kesah?

merujuk kepada gambar di atas.kls sedari dulu makan oats mesti nak kena campur oats quickcook plastik biru tu dengan oats instant plastik merah.selalunya kls campur dua-dua sama banyak dalam tin oats lama yang kosong tu.beli refill jimat sikit.

sebabnya yang biru tu oatsnya terlampau kasar susah nak telan.dan tak sedap.manakala yang merah pulak oatsnya halus sangat bila bancuh macam cair.jadi bila mix kedua-duanya memang perfecto!

kenapa campur dengan milo?

sebab kls nak kasi warna sikit dari rupa putih pucat tak bermaya.nak makan pun malas takda mood.lagipun campur milo sedap sikit rasanya.selalunya kls campur dengan milo 3 in 1.satu sachet tu boleh makan dua kali oats.

kls ni makan oatmeal mmg tak pernah nak masak ke ataupun nak panaskan oats.sebab kls tak suka efek lembik-lembik dan melekit macam dodol.kalau makan dodol takpe la memang kls suka lembik-lembik macam tu.melekat!

lagi satu kls sangat tak suka kalau makan oatmeal campur dengan segala bagai.
 mak aii punyalah meriah!

pisang lah, strawberry lah even kismis pun kalau dah di campur dengan oat memang tak makanlah jawabnya.kembang saja tekak ni tak boleh nak terima macam-macam rasa.

 tekak kls ni memang lain sikit tak tahulah orang lain mungkin boleh.terpulang tekak masing-masing.



oh tidak! terima kasih.


meriah kan?

apa? bagus sangatkah makan oats ni??

well.mengikut wiki. oats adalah bijirin yang boleh mengurangkan kadar kolestrol dan juga sakit jantung.

kolestrol yang banyak dalam darah menyebabkan salur darah kita tersumbat sekaligus menghalang darah yang membawa oksigen ke jantung dan otak.

Oats juga dipercayai boleh mengurangkan risiko sakit jantung jika di gabungkan dengan diet rendah lemak.

So...


tak reti-reti??

Monday, February 14, 2011

wow..!macam hotel lah!

Semalam adalah hari yang sangat best.cleaning day.abg ron upah cinta alam cleaning services untuk cuci rumah.major cleaning.meaning that upah untuk mencuci rumah luar dan dalam.


siap basuh semua tingkap, sliding door dan grill.termasuklah grill tangga,tingkap dan pintu.cuci lap habuk-habuk, vacum dan mop satu rumah.

3 lantai dan dinding bilik air dicuci sebersih-bersihnya!dan sangat wangi.berkilat-kilat.silau mata kls tengok yang mana yang krom ke besi semua bersinar-sinar luar biasa.hihi..maksud kls tu kalau kita sendiri yang cuci sendiri satu rumah takde la nak berkilat bagai macam tu.

tambahan pula pekerja yang cuci tu pakai alat pencuci khas.uhh memang wangi terasa betul macam dekat hotel lima bintang!

semua lantai berkilat.dapur extravagan kls pun di polish.setiap lampu serta biji kristal pada lampu hiasan kls semua dikilatkan.kipas juga cermin-cermin.setiap botol-botol kosmetik dan perfume, botol dekat dapur semua di lap bersih.

peti ais dicuci sampai lah keluar rumah.pendek kata kls dengan abg ron sangat puas hati lah dengan service yang diberi.memandangkan white house  ni berdekatan dengan consructions site.makanya setiap hari rumah cepat kotor dengan habuk.

major cleaning ni upahnya rm230 dengan 5 orang pekerja. 2 perempuan 3 lelaki.tempoh kerja 4 jam.
sampai dalam pukul 3 petang habis dalam pukul 7 lebih.

service cleaning ni ada buat bayar sebulan rm200++.tiap minggu seorang pekerja akan datang basic cleaning.sekali sebulan major cleaning.tapi kls belum decide lagi nak ambil pakej ke tak.masih diperingkat perbincangan lagi.

jadi malam tadi kami tido dengan amat selesa sangat.terasa seperti pergi bercuti pula.seronoknya rumah bersih bak hotel lima bintang!

Sunday, February 13, 2011

Popinjay..???


 kls nak review sabun baru anniversary gift. hari ni kls mandi pakai sabun l'occitane lavender extra-gentle soap with shea butter.

tapi kan..bau dia macam pernahku baru saja.tapi di mana ya..?hah!sah!macam sabun popinjay!!more less la sbb dah lama kls tak bau sabun popinjay tu.

tapi ingatan tu masih kuat lagi.terbau-bau wanginya sabun popinjay.memang sekali buka saja sabun l'occitane ni terus mengamit ingatan popinjay!
nostalgia betul.

masih segar lagi di ingatan rupa bentuk bungkusan sabun popinjay tu.lagi-lagi baru saja kls tengok cerita hantu kak limah balik rumah.

dialog awie "wangi ayu hari ni? mandi pakai sabun popinjay ke?"
terus kls tergelak..wahh lamanya kls tak dengar sabun popinjay.

dulu kls duduk hostel memang ramai lah budak-budak asrama termasuklah kls yang pernah pakai sabun popinjay ni.wangi.bajet pun ya jugak.

boleh tak abg ron gelak awie cakap popinjay lepas tu kls tanya abg ron tahu ke popinjay tu apa?

abg ron selamba saja jawab entah tak tahu!Dia pakai gelak saja agak perkataan tu kelakar kot!padahalnya popinjay tu nama lain bagi parrot.

time kls buka sabun l'occitane ni terus kls kata

" abg ni bau sabun popinjay nih"

"hah??bau popinjay?bau macamana tu?"

kls ceritalah dekat abg ron kisah sabun popinjay ni kot boleh recall balik memori dia.

Abg ron kata memang dia tak pernah dengar pun jenama popinjay!agak abg ron ni lahir tahun bila lah.ataupun time abg ron dulu pakai sabun cap kapak tak?sekali beli panjang sekaki!nak pakai main potong-potong je.

ataupun abang ron memang pernah pakai sabun popinjay tapi tak sedar sebab tau-tau dah takde sarung.elok je terletak dalam bilik air.tak pernah tengok bungkusan sabun pun.

panjang benar mukadimahnya ye..ni untuk kamu semua yang tak pernah dengar kisah sabun nostalgia popinjay macam abang ron lah.

reviewnya bermula di sini.

sabun l'occitane lavender extra-gentle soap with shea butter ni adalah pure vegetable base.
kandungan shea butter tu yang buat sabun ni extra moist dan lembut dan terasa sangat bersih.

bau sabun ni bolehlah tahan wangi.tapi kalau kls yang pilih mungkin kls tak ambil kot bau lavender ni.abg ron pun beli memang untuk dia juga yang pakai.sebab itu dia ikut selera dia.at the end sabun je pun.sama je.

Harga sabun l'occitane ni rm39.tebal 2 inci! besar 3 x 2 inci.memang besar sangat sabun ni.macam boleh pakai setahun!jimat.

kls nak potong dua abg ron tak mahu.sudahnya kls mandi susah nak pegang sabun besar sangat!nak buat buih pun tak boleh.apekehalnya..abg ron takpe lah tapak tangan lelaki besar.takpelah kls pakai shower gel jelah.

sabun ni memang banyak buih.lembut dan creamy.time abg ron sabunkan leo memang banyak buih.bau wangi.badan memang lembab dan lembut.

sabun l'occitane extra gentle ada macam-macam jenis bau.kita boleh pilih ikut citarasa kita.sabun ni adalah  antara bestseller product l'occitane.


Friday, February 11, 2011

tonton wayang!

malam td lepas leo tido kls dgn abg ron menonton wayang back-to-back di astro.download rm15.oklah dari nak tgk dekat panggung wayang tu bagi sape2 yg ade anak kecik kan.mana dorang nak tgk cerita hantu.cerita x hantu pun belum tentu mau dok diam dalam panggung.

mula2 kami tengok cerita hantu mak limah balik rumah.ok la cerita ni.so-so je.kelakar gitu2 je.tapi abang ron mmg kaki gelak.kadang kls rasa x berapa nak gelak tapi abg ron boleh gelak terbahak2.mmg x paham ke kls yang kurang deria?


lepas habis  cerita.break sekejap.kls sempat makan bihun tomyam pesan kat abg ron beli di chaiyo2 sungai ramal.mmg sedap bihun tomyam chaiyo2.otak2,rojak buah,nasi goreng usa,kerang bakar.pendek kata semuanya sedap di chaiyo2.kalau pergi sana mmg ramai betul org.banyak kereta parking tepi2 jalan.

selesai makan sambung lagi cerita lain pulak.download cerita ngangkung.nak buat mcmana kan cerita in the market hantu belaka.so layan je lah.cerita ngangkung pun sama je lebih kurang cerita mak limah.so-so je bagi kls.tapi terpulanglah citarasa masing2 kan.ade yg tengok rasa sangat kelakar.ade yg takat boleh la dari x tengok pape.

belum ade lagi cerita yang betul2 terkesan di hati.atau mungkin sebab kls ni x minat citer hantu kot.tupasal la mintak abg ron download citer hantu kelakar.kalau hantu takut mmg kls tekup muka dgn bantal.

*ini bukan kes penakut ye..hihi.bukan ape malas la kls nak terkejut.tersurprise.terberdiribuluromaku.dan mcm2 ter lagi.iye2 cakap je lah ade unsur2 penakut di situ.

tapi yang pentingnya dapat menonton bersama dengan kekasih hati tanpa ade org ketiga di tgh2 sambil menanyakan "ape tu mama??" "ape tu??" "dia buat ape tu?"

selagi kau tak jawab selagi tu mcm keretapi mulut dia bertanya itu ini.
kalau dah jawab semua lepas tu kau mmg blur cerita ape yang kau tgh tengok!


Thursday, February 10, 2011

review glam feb

setiap bulan kls mmg x penah miss beli mag glam.kls sgt suka baca glam.slalunya kls cari kat bangi mcm warta ke alamanda pn lambat sampai glam ni.

tapi kalau dekat pavi hujung bulan je mesti glam bulan baru dh ade.cepat betul.best sungguh kls dpt jd org terawal dpt glam.

kls minat dgn gaya glam yg sgt classy.cover depan glam mmg tak pernah mengecewakan.sentuhan glam squad mmg ada magis tersendiri.

kesemua yg pernah menjadi cover glam mmg look different sgt dari sebelumnya.dari segi mekap, photo finish, dressing,studio setup mmg marvellous!

cover glam feb
fabulous kan?

di antara ruangan kesukaan kls dlm glam


mestilah cover story.tengok tu lain kan muka raja endon mastura? konsep photo pun kreatif.



tentulah ruangan mekap.tgk2 apa yg terbaru dan best.cuci2 mata.ohh sungguh menenangkan jiwa.tengok saja pun sudah terasa nyaman.


ruangan deco.melihat kreativiti org lain mmg sangat memberikan inspirasi! tgk lah tu kolam ikan dlm rumah??mmg menakjubkan!pasti terasa nyaman saja pemilik rmh ni.tapi ikut kesesuaian juga.kalau rmh yg ade anak2 kecil rasa kurang sesuai atas faktor keselamatan.


ohh tiba2 mata kls zooming ke arah gadget ni.mmg sedari dulu kls sgt berkenan dgn kamera polaroid ni.menarik kan?



cuci2 mata tgk apa yg latest di pasaran.ohh semuanya menarik dan tertarik.gojess!



ahh..kali ni glam sgt memenuhi citarasa kls.i don't know why but i'm so obsessed with leopard print! tgk sajalah layout blog kls ni.ohh sgt2 cantik!


ni blanky leo kls beli di uptown bangi.rm10 saja!murah kan?bukti kls sgt suka leopard print.teruja kls bila jln2 ternampak blanky ni.terus beli tanpa byk soal.



leopard print bangle kls.x salah kls beli di factory outlet.harga dah x igt.cantik kan?

ini saja yg sempat kls snap.ikutkan byk lagi ruangan yg menjadi kemestian.tapi overall  mag glam ni mmg sgt best utk di baca tika santai sambil menghirup secawan kopi juga mengunyah seketul donut!.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Welcome to my fantasy world! what’s your dreams? everybody comes here; this is fantasy world.
land of dreams.some dreams come true, some don’t; but keep on dreamin’-this is fantasy world.Always time to dream.
so keep on dreamin'. If you focus on what you left behind you will never see what lies ahead! you must not let anyone define your limits because of where you come from. Your only limit is your soul. be imaginative! strong-hearted! only the fearless can be great. So lets live life the way you dream it!
Wildest dreams!

*you can take whatever you want with the backlink*





About Me

My photo
And who am I? That's one secret I'll never tell ... You know you love me. XOXO Love Sweetheart