i love uols!

Nuffnang

Anda suka blog ini?

Showing posts with label corelle. Show all posts
Showing posts with label corelle. Show all posts

Saturday, December 17, 2011

Mimpi kot???

Assalamuaalaikum wbt..

tudia.panjang skit bagi salam.sebab lama tak buat comeback.

tu sebab tajuk dia mimpi kot??



taktau la hari ni kls mimpi apa.teringat pulak nak jenguk blog yang telah dianaktirikan berbulan-bulan.

sebelum tu nak update hal ehwal semasa dulu.punya lama kls tak update mangkuk corelle satu dah pun pecah hancur berkecai.adik ipar kls panaskan ikan berbalut aluminium foil dalam microwave.gile classy kau cara dia pecah kan.

"ketink!"

macam tu je bunyi.tapi buka je microwave time nak angkat tu..berkecai seribu habaq hang..*tedia

corelle ni bagi kls bagus tang ringan ja lah..tapi sayang tak multipurpose.kls dah takmau beli dah correlle lepas ni.bukan merajuk tak reti nak pujuk.

tapi kls lebih suka yang praktikal.senang boleh masuk microwave sekali oven dan storage.ha kan jimat?

ni tak nak kena salin bagai time nak reheat.pekeheynye..*malas basuh pinggan.

Dah tu.ADALAGI.periuk vision kesayanganku.PUN.dah gone for eva afta..ni abang ron punya kerja.

nak tolong bawak mangkuk pinggan bukannya tau nak bawak sikit-sikit.

mesti nak tunjuk hebat.dia ja la yang paling kuat di donia.

Habis periuk aku dengan penutupnya sekali pecah.jatuh dengan bergaya.

berdengung terus telinga kls.syingggg...!

bila kls tanya bunyi ape tu..terus abang ron jawab.

"eh yang.bukan ke periuk vision ni kalau jatuh tak pecah kan yang?"

*macam tu pun boley..

ok.tarik nafas.lepas...

bab-bab pinggan pecah ni..kls memang tak boleh blah bila teringat cerita labu labi dengan haji bakhil.

"kalau macam ni la..papa kedana la aku labuuu..."

"pak encik..bapak saya bilang hari ni hari bodo saya pak encik.."

"lain taun saya bagi pak encik kaya.."

hmp..nak buat macamana..redha..tsk!


Tuesday, February 22, 2011

hobi terbaru

kls sangat teruja bila adinda kls telefon beritahu barang yang kami order dah pun sampai hari sabtu baru ni.sebulan lamanya menunggu tapi sangat berbaloi bila barang sudah di depan mata.



inilah barang yang ditunggu-tunggu.pinggan-mangkuk!well.orang perempuan.sedikit sebanyak mesti suka juga dekat pinggan-mangkuk ni.

dulu kls taklah sangat ke arah membuat koleksi.tapi adinda kls ni rajin tunjuk katalog-katalog member dia.mahunya tak berpinau mataku.dari situlah hobi baruku bermula.tapi tengok gayalah juga.kalau yang tidak berkenan di mata dan di hati tak ku beli juga.



proses memeriksa satu persatu kot ada yang cela.Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik.



visions.adik-beradik pyrex.kls sangat berkenan dengan mangkuk visions ni sebab bunda kls pun pakai juga.masa bujang dulu selalulah masak dalam visions ni.memang best sebab boleh nampak segala proses memasak.paling sesuai untuk masak yang berkuah.gorengan pun boleh juga.deep fry.sengaja kls beli dua set visions yang berlainan bentuk.tak reti nak pilih mana satu.senang nanti bila ada keramaian.



ini set corninware dan corelle country rose.set corelle country rose terdiri daripada 6 pinggan, 6 piring pelbagai guna, 2 mangkuk pelbagai guna, 1 mangkuk sup dan 1 bekas nasi.

comel kan?adinda kls pun beli set corelle country rose ni.sebenarnya warna pink bunga tu soft saja.just nice!



last sekali set corninware dan corelle kobe.sama juga macam di atas item nya.set kobe ni agak classy.simple saja.kls suka3! malam tadi dah pun di rasmi kan.

walaupun nampak banyak tapi percayalah ia amat ringan!juga tahan lasak.jarang sekalilah nak pecah kalau setakat terjatuh dengan tidak disengajakan.lagi pula kalau yang beranak kecil atau selalu buat makan-makan memang sangat sesuai.

takdelah bila tiap kali dengar bunyi pinggan pecah buntang saja mata kita.walaupun buat-buat tak tahu berdesing juga telinga ni..maknanya sekali beli pakai selamanya.lepas tu perturun pula dekat anak cucu.derang nak ke? jimat kan?

samalah macam bunda kls pun hobi beli mangkuk-pinggan.banyak sangat set pinggan-mangkuknya..*mak borek anak rintik!..segala pyrex.arcopal.corninware.corelle..bla3.. nya yang nak diperturunkan.kalau kls.. nak sajalah dah orang nak bagi ..rezeki jangan ditolak.

cuma yang bezanya bunda kls suka simpan bila dah beli.macam kls guna je terus.dah beli pun memang untuk dipakai.

lain pulak ayahanda kls.hobi dia beli periuk-belanga.periuk stok.periuk hampagas.macam-macam jenis ada!mana lah tumpahnya kuah..kalau tak ke nasi kan..")

dulu-dulu kls tak faham kenapa bila selalu tengok bunda asyik nak beli set pinggan-mangkuk dan periuk belanga.malahan sampai sekarang bunda kls masih lagi buat koleksi.sekarang ni barulah kls faham..kerana sudah terjebak dengan hobi terbaru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Welcome to my fantasy world! what’s your dreams? everybody comes here; this is fantasy world.
land of dreams.some dreams come true, some don’t; but keep on dreamin’-this is fantasy world.Always time to dream.
so keep on dreamin'. If you focus on what you left behind you will never see what lies ahead! you must not let anyone define your limits because of where you come from. Your only limit is your soul. be imaginative! strong-hearted! only the fearless can be great. So lets live life the way you dream it!
Wildest dreams!

*you can take whatever you want with the backlink*





About Me

My photo
And who am I? That's one secret I'll never tell ... You know you love me. XOXO Love Sweetheart