i love uols!

Nuffnang

Anda suka blog ini?

Showing posts with label raw food boot camp. Show all posts
Showing posts with label raw food boot camp. Show all posts

Wednesday, February 16, 2011

Bersemangat ladies..!! iyah! iyahh!


Sebagai langkah pertama mengikuti program raw food boot camp hari ni kls sudah pun mengambil breakfast oatmeal.3 sudu besar oats campur dengan 2 sudu milo.bancuh dengan air sikit.siap!mudah saja.

Lagipun kls memang sudah biasa makan oats sejak kecil lagi.kls pun sudah ajar leo makan oats sejak usia mencecah 2 tahun.Alhamdulillah tak ada masalah.leo suka makan oats.salah satu meal dalam sehari mesti oats.

berikut adalah pantang larang kls makan oats.ada aku kesah?

merujuk kepada gambar di atas.kls sedari dulu makan oats mesti nak kena campur oats quickcook plastik biru tu dengan oats instant plastik merah.selalunya kls campur dua-dua sama banyak dalam tin oats lama yang kosong tu.beli refill jimat sikit.

sebabnya yang biru tu oatsnya terlampau kasar susah nak telan.dan tak sedap.manakala yang merah pulak oatsnya halus sangat bila bancuh macam cair.jadi bila mix kedua-duanya memang perfecto!

kenapa campur dengan milo?

sebab kls nak kasi warna sikit dari rupa putih pucat tak bermaya.nak makan pun malas takda mood.lagipun campur milo sedap sikit rasanya.selalunya kls campur dengan milo 3 in 1.satu sachet tu boleh makan dua kali oats.

kls ni makan oatmeal mmg tak pernah nak masak ke ataupun nak panaskan oats.sebab kls tak suka efek lembik-lembik dan melekit macam dodol.kalau makan dodol takpe la memang kls suka lembik-lembik macam tu.melekat!

lagi satu kls sangat tak suka kalau makan oatmeal campur dengan segala bagai.
 mak aii punyalah meriah!

pisang lah, strawberry lah even kismis pun kalau dah di campur dengan oat memang tak makanlah jawabnya.kembang saja tekak ni tak boleh nak terima macam-macam rasa.

 tekak kls ni memang lain sikit tak tahulah orang lain mungkin boleh.terpulang tekak masing-masing.



oh tidak! terima kasih.


meriah kan?

apa? bagus sangatkah makan oats ni??

well.mengikut wiki. oats adalah bijirin yang boleh mengurangkan kadar kolestrol dan juga sakit jantung.

kolestrol yang banyak dalam darah menyebabkan salur darah kita tersumbat sekaligus menghalang darah yang membawa oksigen ke jantung dan otak.

Oats juga dipercayai boleh mengurangkan risiko sakit jantung jika di gabungkan dengan diet rendah lemak.

So...


tak reti-reti??

Oh tidak..! Mentah..???!

bermulanya hari ini kls nak isytihar darurat makanan!

tragiknya..!

kls sudah mendaftarkan diri dalam program raw food boot camp.

wahh..! tunggu jangan terkejut dulu..

kls dah rasa sangat banyak saturated fat.unsaturated fat.trans fat.dan macam-macam fat menyelaputi kls.

padahalnya bukan duduk kat kutub pun nak simpan-simpan lemak buat stok panaskan badan.

orang eskimo pun tak ada yang montel.lagilah dorang ni makan lemak daging ikan paus!!steady je.

bandingkan dengan kls ni makan semuanya benda kecik-kecik.ikan kecik.ikan lagi kecik ikan bilis.daging kecik.ayam kecik.itupun kadang-kadang makan telur ayam je!

kls pun tak tahu macamana kls boleh terpikir nak menyimpan stok lelemak ni dengan begitu meriah sekali.senang hati saja sambil menepek-nepek lemak di badan tanpa usul periksa.


rasanya sekarang dah tiba masanya kita berikan penghormatan kepada 'mereka' ini untuk nyah dari menjadi parasit seperti bonggol-bonggol unta kat badan kita semua.kita semua tinggal dalam iklim tropika.tak perlu bonggol.

ada sapa-sapa nak join??mariiilahhhh..

Raw Food Boot Camp.

ini adalah program lose weight cara kls..menu makanan harian lepas ni semuanya raw!mentah!

waahhh..dahsyat..

sila jangan ngeri dengan perkatan mentah di situ.maksudnya kls akan cubalah dalam 90% menu tu adalah makanan yang tidak di proses.tak ada garam dan gula.memang asli!

contoh seperti oats, salad, buah-buahan yang kurang manis, susu rendah lemak, sayuran ulaman.paling bagus buat jus.telan saja semua sayuran dan buahan cepat dan pantas!

kls tak mahu cakap banyak sebab kls baru saja planning corak raw food boot camp ni.nanti kalau terbabas susah juga.

tapi tak apa. apa yang penting plan dah ada.semangat mesti berterusan jangan separuh jalan.

Berusaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Welcome to my fantasy world! what’s your dreams? everybody comes here; this is fantasy world.
land of dreams.some dreams come true, some don’t; but keep on dreamin’-this is fantasy world.Always time to dream.
so keep on dreamin'. If you focus on what you left behind you will never see what lies ahead! you must not let anyone define your limits because of where you come from. Your only limit is your soul. be imaginative! strong-hearted! only the fearless can be great. So lets live life the way you dream it!
Wildest dreams!

*you can take whatever you want with the backlink*





About Me

My photo
And who am I? That's one secret I'll never tell ... You know you love me. XOXO Love Sweetheart